Total Pageviews

Wednesday 29 June 2011

Maksud B.42 di bawah Kementerian Kesihatan. Butiran 010300

Saya mohon dalam butiran ini peruntukan RM1,009,000 untuk emolumen pegawai
perubatan pelbagai gred dan skim pada tahun 2011. Saya mohon Yang Berhormat Menteri cuba
semak angka ini kerana angka ini terlalu besar untuk keseluruhan pegawai perubatan dalam kementerian lebih kurang 11,404. Emolumen tambahan ini merupakan purata setiap pegawai
perubatan RM88,000 dalam setahun. Ini bermakna tambahan RM7,300 setiap bulan untuk setiap
pegawai perubatan.

catatan :
betapa byk nyer pertambahan gaji bagi seorang pegawai perubatan....
PT mintak naik 5% dari jumlah tambahan tak layan pulak...
Pelik tapi Benar....

1 comment:

  1. Menteri Kesihatan [Dato’ Seri Liow Tiong Lai]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya
    ingin menjawab Yang Berhormat Gopeng dan juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang
    menyentuh tentang peruntukan RM1.37 bilion untuk emolumen.
    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keperluan – Saya hendak maklumkan
    kepada semua, peruntukan asal untuk pembayaran emolumen Kementerian Kesihatan Malaysia
    pada tahun 2011 adalah sebanyak RM6.462 bilion. Walau bagaimanapun, jumlah keperluan bagi
    bayaran emolumen tahun 2011 adalah sebanyak RM7.471 bilion iaitu merangkumi pembayaran
    emolumen sebenar sebanyak RM7.094 bilion. Itu bermakna tahun ini emolumennya yang
    diberikan dalam peruntukan awal adalah kurang daripada yang sebenarnya. Tahun lalu 2010,
    kita dapat RM6.9 bilion untuk emolumen tetapi untuk tahun ini, ia beri RM6.4 bilion. Memang
    kurang, daripada asal sudah kurang. Oleh itu, ini adalah tambahan.
    Daripada itu, RM377 juta adalah bagi pelaksanaan pembangunan laluan kerjaya pegawai
    perubatan iaitu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan time based
    promotion untuk semua pakar dan doktor-doktor yang berkhidmat melebihi 12 tahun, yang pakar
    sembilan tahun, semua naik pada UD54. So, semua ini memberikan jumlah RM377 juta.
    Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Pada tahun 2011...
    Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]
    Dato’ Seri Liow Tiong Lai: Saya habiskan ini dahulu. Sebanyak 6,608 orang pegawai
    akan terlibat dalam urusan kenaikan pangkat melalui pembangunan laluan kerjaya tersebut, the
    UD54 itu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,996 orang adalah pegawai perubatan, 1,095
    orang pegawai farmasi dan 517 orang pegawai pergigian. Itu adalah untuk RM377 juta. Ya, Yang
    Berhormat.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.