Total Pageviews

Wednesday 22 June 2011

Antara Guru Dan Pembantu Tadbir

Semalam telah keluar didalam akhbar berkenaan dengan tuntutan NUTP. Tuntutan mereka adalah bayaran lebih masa bagi guru-guru yang mengajar dan terlibat dengan aktiviti luar. Kementerian Pelajaran telah memaklumkan kepada pihak JPA berkenaan dengan tuntutan tersebut.

Apa yang berlaku ini adalah telah menunjukkan bahawa sememangnya jawatan PT ini telah dipandang sepi oleh JPA dan pihak kerajaan. Jika kita lihat di Kementerian Kesihatan Malaysia, laluan kerjaya yang dibuka kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi telah menyebabkan kerajaan Malaysia menanggung jumlah bayaran Emolumen yang tinggi. Ini berikutan melalui laluan kerjaya, pegawai-pegawai berkenaan dinaikkan pangkat mengikut sistem seniority. Ini bermakna, pegawai yang telah lama berkhidmat mendapat kenaikkan yang mudah berbanding jawatan lain. Jika kita semak kembali mereka-mereka ini, siapakah yang memperjuangkan hak mereka? Tidak pernah keluar kenyataan didalam akhbar mengatakan kesatuan mereka ini mengemukakan tuntutan kepada JPA dan Kerajaan. Tetapi mengapa ada sikap memilih terhadap golongan ini?

Kita tahu memang golongan ini merupakan golongan kritikal dimana perkhidmatan mereka sgt-sgt diperlukan.Namun demikian, sayangnya seolah-olah apabila kita membuat permohonan, pihak JPA langsung tidak memandang kearah kita. Malah seolah-olah mempersendakan kita dengan cara memaklumkan bahawa permohonan masih dalam kajian. Pada masa yang sama, mereka melayan tuntutan NUTP.

Berdasarkan faktor diatas, jelas wujud diskriminasi terhadap jawatan pembantu tadbir. Bukan pembantu tadbir sahaja, malahan pada penolong pegawai tadbir juga begitu. Hakikat ini sudah tidak dapat ditutup lagi. Kenyataan-kenyataan dalam akhbar telah membuka pekung pihak JPA. Layanan terhadap golongan pengurusan dan professional berbeza berbanding kumpulan sokongan. PT ini telah diibarat seperti menukar pakaian. Hari ni pakai esok buang. Lusa beli baju lain. Segala titik peluh seorang PT langsung tidak dihargai.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya bangkit dan menyokong kesatuan pembantu tadbir ini supaya kita dapat membentuk satu suara yang kuat. Tanpa suara yang kuat, negara kita, tidak akan mendengar rintihan seorang PT. Maka bersatulah untuk memperjuangkan hak dan keadilan diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.