Total Pageviews

Sunday 12 June 2011

Diskriminasi


Masalah kritikal yang dihadapi oleh PT pada masa kini adalah diskriminasi oleh pihak-pihak tertentu. Saya mengatakan perkara ini adalah berdasarkan faktor kenaikkan taraf beberapa jawatan dalam sektor awam dimana jawatan-jawatan tersebut sebelum ini lebih rendah berbanding jawatan Pembantu Tadbir. Diskriminasi yang saya maksudkan ialah penindasan terhadap jawatan Pembantu Tadbir dimana beberapa jawatan lain yang sepatutnya tidak relevan untuk dinaiktarafkan telah dinaiktarafkan sedangkan Pembantu Tadbir dari dahulu lagi dalam keadaan yang sama.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, saya melihat jawatan-jawatan lain tersebut dinaiktaraf adalah berdasarkan majoriti penjawat yang mempunyai kelulusan tinggi. Jika dahulu jawatan yang saya maksudkan hanya perlu memiliki SRP, LCE atai PMR, kini kebanyakkan mereka memiliki SPM. Berbanding dengan jawatan Pembantu Tadbir yang perlu mempunyai SPM dan skil komputer. Inilah yang saya maksudkan diskriminasi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Umum amat mengetahui bahawa jawatan Pembantu Tadbir ini adalah satu jawatan yang universal dimana setiap Kementerian dan Jabatan memerlukan pengisiannya. Tidak kira jabatan itu kecil atau besar, di bandar atau di luar bandar, pendalaman dan sebagainya semua memerlukan Pembantu Tadbir bagi urusan pentadbiran. Perkara ini membuktikan bahawa kemahiran seorang Pembantu Tadbir amat diperlukan oleh kerajaan.

Persoalan yang ingin saya bincangkan adalah mengapa wujud diskriminasi. Dalam hal ini, saya melihat konteks kesatuan Pembantu Tadbir itu sendiri telah berpecah belah. Ibarat isu politik di negara kita kini dimana kaum-kaum utama di Malaysia kini telah berpecah belah. Melayu berpecah kepada 3 parti politik iaitu Umno, Pas dan Pkr, Cina dengan MCA, DAP, Gerakan dan PKR, begitu juga dengan India. Perkara ini telah terbawa-bawa didalam sektor awam dimana dahulunya semua PT diletakkan dalam skim gunasama, kini telah ada PT kementerian kesihatan, pendidikan dan terbaru PDRM.

Pengagihan mengikut jabatan ini telah memecah belahkan jawatan Pembantu Tadbir. Perkara ini telah menghalang penyatuan semua PT di seluruh kementerian dan jabatan. Hasil dari situasi ini, telah wujud beberapa kesatuan PT iaitu KEPTAN, KEPTAKES dan terbaru Kesatuan PT PDRM. Jika kita ingat sebelum ini kesatuan PT telah wujud dimana kesatuan tersebut diberi nama August. Maka jelas PT kini telah berpecah belah.

Hasil dari situasi ini telah menimbulkan satu masalah besar dimana perjuangan setiap kesatuan berbeza. Ini kerana setiap Kementerian mempunyai skop dan tugas yang berbeza. Walaupun pada asasnya bidang tugas PT adalah dalam skop pengkeranian, senarai tugas dan situasi pegawai di kementerian berkenaan merupakan asas kepada masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, golongan medik dan paramedik menjadi masalah kepada PT di KKM, Guru pula di KPM, dan POLIS di PDRM. Ketiga-tiga kementerian ini berbeza bidang tugas dimana mereka lebih cenderong kepada skop tugas masing-masing. Bagi KKM, PT terpaksa berhadapan dengan golongan medical yang kurang berpengetahuan dalam bidang pentadbiran khusunya. Begitu juga dengan KPM dan PDRM. Walaupun kehadiran PTD membantu, namun hakikatnya golongan ini juga terpaksa mengikut kehendak majoriti kerana asas pentadbiran dikawal oleh golongan bukan dari kumpulan pengurusan. Maka setiap kesatuan menghadapi masalah berbeza dengan perbezaan pendapat antara seorang pekerja dengan majikan.

Sewajarnya kita mengkaji perkara ini dari sudut perspektif pandangan mereka terhadap kita. Layanan yang mereka berikan kini adalah 'double standard'. Merujuk kepada isu naik taraf jawatan, beberapa jawatan utama di kementerian yang saya katakan tadi menjadi asas kepada tuduhan saya. PT telah dilupakan.

Mengikut statistik di KKM, sebanyak 12,000 orang pt telah diserapkan ke jawatan tetap. Dari 12,000 orangm hanya 4,000 orang sahaja PT telah berdaftar menjadi ahli kesatuan. Situasi ini menampakkan kelemahan kesatuan dimana kesatuan jelas gagal menyatukan PT di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sebagai seorang PT tidak kira di jabatan mana, seharusnya kita bersatu padu bagi mengubah nasib kita. Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita didiskriminasi selamanya. Satu gerakkan baru perlu dijana untuk mengubah keadaan. Impak besar bakal menjamin sesuatu impian menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.