Total Pageviews

Wednesday 29 June 2011

Gaji Akan Naik!

Berita sensasi yang menjadi topik hangat di kalangan penjawat awam kini adalah 'benarkah ada kenaikkan gaji?'.Dalam post-post semalam, saya telah membentangkan revolusi dari tajuk berkenaan.

Untuk makluman semua, kenaikkan gaji yang dijanjikan oleh kerajaan sebenarnya telah bermula dari tahun 2010 lagi. Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa satu Majlis akan ditubuhkan bagi mengkaji emolumen-emolumen yang diterima oleh rakyat Malaysia bagi mencapai matlamat Negara Berpendapatan Tinggi. Berasaskan dari situ, beliau telah mencadangkan kepada Parlimen supaya ditubuhkan satu Majlis Perundingan Gaji Negara.

Bertitik tolak dari situ, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah untuk membuat kajian mengenai gaji minimum yang sesuai bagi pekerja-pekerja di seluruh Malaysia. Pada bulan April yang lepas, Menteri Sumber Manusia telah membentangkan rang undang-undang ini dalam Parlimen. Antara isu yang dibahaskan adalah mengenai pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang masih rendah. Kajian yang dibuat oleh mereka, sekiranya perlaksanaan Gaji Minimum dikuatkuasakan, maka terdapat pro dan kontra terhadap ekonomi negara. Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang telah melaksanakan gaji mimimum, maka beliau merasakan adalah satu kewajaran untuk melaksanakan perkara ini di Malaysia.

Dalam ucapan Perdana Menteri di satu Majlis Jasamu Dikenang anjuran MTUC, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan gaji minimum bagi pekerja yang berpendapatan rendah pada akhir tahun ini. Berdasarkan kepada perkara tersebut, gaji minimum yang akan dilaksanakan adalah RM900.00 . Bertitik tolak dari itu, penjawat awam yang dari gred 1 - 16 dijangkan bakal menikmati skim gaji yang baru.

Bagi jawatan pembantu tadbir pula, dijangkan akan mengalami satu anjakan gaji. Berdasarkan akta gaji minimum, gaji penjawat awam dari gred 1 - 16 akan setaraf dengan pembantu tadbir. Sehubungan dengan itu, kementerian sumber manusia juga akan membuat kajian menyeluruh mengenai perkara ini supaya jurang perbezaan gaji diantara gred jawatan tidak terlalu ketara.

Untuk makluman pembaca, pada hari ini rang undang-undang berkenaan akan dibaca kali kedua dan ketiga pada pagi ini di Parlimen. Merujuk kepada Aturan Mesyuarat yang dikeluarkan oleh Parlimen, perkara ini akan dibahaskan di parlimen untuk perkara yang kedua dalam senarai mereka.

Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama berdoa supaya rang undang-undang ini dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan segera. Semoga Allah merestui kerja-kerja yang kita lakukan.

(Sumber Tulisan Ini Dipetik Dari Post Yang Lepas dan Hansard Parlimen Malaysia)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.