Total Pageviews

Monday 20 June 2011

Rasional Manifetasi Yang Aku Sendiri Cipta

Dalam FB KEPTAKES, aku ada tulis manisfestasi aku sekiranya aku dipilih sebagai timbalan presiden perak. Semasa aku berkursus di Langkawi tempoh hari, aku dapat bersembang sekejap dengan YDP kebangsaan. Beliau seolah-olah pasrah dengan kesatuan. Bilangan keahlian hanya 1/3 dari jumlah keseluruhan pembantu tadbir.

Dari situasi ini aku melihat bahawa pembantu tadbir tidak berminat untuk menyertai kesatuan sebab mereka tidak melihat fungsi matlamat serta fungsi kesatuan itu sendiri. Hakikatnya, mereka tidak nampak apakah yang dibuat oleh kesatuan. Bertitik tolak dari itu, aku menggunakan teknik pilihan raya dengan memberitahu kepada pt lain apakah matlamat aku sekiranya dipilih menjadi Timb Presiden. Maka telah aku tulis di wall FB keptakes.

Memang menjadi harapan kepada semua pt untuk naik gaji. Itu adalah matlamat utama Kesatuan pada masa ini dan telahpun dilaksanakan. Maka tak perlu dimasukkan ke dalam manifestasi. Kepada yang mengkritik, itu adalah hak anda, kepada yang ingin tahu, maka ketahuilah ia.

Manifestasi 1.

Semua PT yang mempunyai masalah dengan pegawai atasan akan dibela dengan cara menghantar surat mohon penjelasan dari pegawai atasan.

Perkara ini berlaku dimana dalam satu jabatan mempunyai beberapa orang pegawai atasan. Mengikut hiraki, dari Timb Pengarah - KPP - PP - EO - CC  - PT. Diatas PT tadi terdapat beberapa pegawai dimulakan dengan cc, eo, pp, kpp dan timbalan pengarah seterusnya pengarah. Situasi ini boleh lah disamakan dengan satu kapal banyak nahkoda. Dari pengalaman saya, bila banyak bos, maka banyak kerenah. Banyak kerenah maka akan berlaku perselisihan pendapat. Disebabkan oleh perlaksanaan tugas itu ditanggungjawab oleh seorang PT, maka mangsa keadaan adalah PT. Contoh, arahan dari pengarah turun ke KPP - PP - EO - CC -PT. Pt laksanakan tugas PT - EO - PP - KPP - TP - Pengarah. Bayangkan betapa banyaknya tingkatan yang perlu dilalui. Dalam masa melalui tingkatan, akan ada diantaran tingkatan ini yang menyekat pergerakkan dimana akan menjejaskan kualiti, kuantiti atau apa sahaja faktor tugas. Persoalannya, siapa yang harus disalahkan? Mangsa yang paling mudah adalah PT kerana PT yang melaksanakan tugas.

Bagi mengatasi masalah ini, hanya kesatuan yang mempunyai kuasa mutlak dimana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang kuasa berkenaan.Rujuk Peraturan 2.1(c) Peraturan-Peraturan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia :

"Mengatur perhubungan diantara pihak majikan dengan pekerja, di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja, dan berikhtiar untuk menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka itu dengan cara aman damai dan bermuafakat. Tujuan ini termasuk usaha-usaha dan kerjasama membantu pihak majikan meningkatkan daya pengeluaran serta mutu perkhidmatan dan mutu pentadbiran di tempat kerja dengan matlamat akhir meningkatkan kebajikan dan kemajuan ahli-ahli khususnya dan pekerja-pekerja berkenaan amnya. "

Sehubungan dengan itu jelaslah bahawa manifestasi ini adalah sesuatu yang rasional yang boleh dicapai. Maka tidak ada sebab mana-mana ahli yang berfikiran sempit mengatakan bahawa matlamat tidak boleh dicapai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.