Total Pageviews

Monday 20 June 2011

Antara Politik Dan Kesatuan

Ini adalah satu isu dimana kebanyakkan PT tidak jelas dengan persamaan diantara politik. Niat itu bukan menghentam sesiapa tetapi persoalannya pertikaian itu menjadi persimpangan dimana menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama. Jelas menunjukkan ada yang cuba mencabar.

Jika kita berdebat mengenai persamaan diantara politik dan kesatuan. Ia nya sama kerana parti politik jelas sekali membawa suatu isu semasa kempen dijalankan bagi mendapatkan undi maksimum. Manifestasi yang dibentangkan merupakan matlamat parti itu apabila memenangi pilihanraya. Ini semua orang tahu. Masalah nya bagaimana untuk mencapai dan menunaikan janji tersebut. Dalam Barisan Nasional contohnya, setelah memenangi pilihanraya, jelas barang tetap naik walaupun dikatakan BN merupakan kerajaan yang mengutamakan kebajikan. Slogan 1Malaysia juga telah menggambarkan betapa perpaduan menjadi isu dalam kestabilan politik dimana BN tidak mengira bangsa dan agama.

Menyentuh soal tulisan saya sebelum ini, ada yang cuba memetik dengan sinis matlamat yang ingin digapai melalui kiasan-kiasan yang amat mudah difahami. Apakah pandangan anda sekiranya Presiden anda pada ketika ini hanya menjadi 'presiden pada nama' dan sekadar memenuhi kehendak syarat-syarat sebuah kesatuan yang memerlukan beberapa ahli jawatan kuasa? Lebih jelas lagi mengelakkan dari kesatuan itu dibubarkan. Maka tidak gunalah kesatuan itu ditubuhkan memandangkan tujuan-tujuan dalam peraturan yang digariskan cuma menjadi penyeri sebuah buku bagi melengkapkan adengan sumbang haram oleh presiden berkenaan.

Jika kita lihat di parlimen, ditubuhkan barisan kabinet yang terdiri dari ahli-ahli parlimen yang kemudianya diberikan jawatan sebagai menteri. Kita lihat di peringkat negeri dimana barisan kabinet yang terdiri dari adun-adun diberikan tugas khas dan dinamakan sebagai exco. Begitulah juga pada kesatuan dimana ahli jawatan kuasa itu ibarat seperti sebuah kabinet yang diberi kepercayaan penuh oleh ahli untuk mentadbir kesatuan itu sendiri. Saya amat berasa sedih dengan golongan yang merendahkan perjuangan kesatuan. Kata-kata yang amat memalukan dan sesungguhnya perjuangan beliau dinilai sebagai ibarat 'sampah dalam masyarakat' kerana perjuangan beliau hanya sekadar di anak tekak tanpa melaksanakan apa yang dikatakan. Buktinya dengan kata-kata yang melambangkan perjuangan kesatuan ini tidak akan sampai ke tahap tertinggi. Tersirat satu makna seribu erti dimana hakikatnya beliau tidak melihat dengan lebih jauh. Tanggapan beliau jelas membuktikan pemikiran beliau dalam politik kesatuan begitu kecil sekali sehingga membawa kepada pandangan sedemikian rupa.

Maka pada saya, orang-orang seperti ini tidak mempunyai pandangan jauh.  Lebih tepat lagi perjuangan orang ini hanya terhad dan tidak akan sampai kemana-mana. Perjuangan yang tidak akan membawa apa-apa makna dan kosong. Hanya sekadar mencukupkan korum.

Sewajarnya kita sebagai ahli kesatuan menolak golongan-golongan seperti ini yang tidak mempunyai matlamat masa hadapan Pembantu Tadbir dalam Kabinet Kesatuan Pembantu Tadbir. Beliau telah merendah-rendahkan perjuangan suara-suara yang merintih duka mengharap kuasa pada yang dilantik dalam kabinet. Beliau mencaci perjuangan kita yang menegakkan keadilan dengan mengkiaskan 'jawatan pembantu tadbir' yang tidak sehebat jawatan-jawatan lain. Beliau telah melupakan bahawa kini kuasa bukan ditangan minoriti, tetapi kuasa ditangan kita. Kuasa di tangan majoriti kerana tangan majoriti inilah yang mengangkat beliau menjadi ahli kabinet. Melainkan semasa perlantikan beliau undi-undi hantu serta rasuah dan kronisme menyelubungi pemilihan pada ketika itu.

Jika sebelum ini kita lihat tidak ada sebarang gerakkan perubahan, maka pada hari ini kita dapat melihat satu suara yang sedang menjerit marah. Sebelum ini kita diam kerana saluran yang diselindungkan oleh orang-orang seperti ini, maka hari ini beliau telah menunjukkan diri beliau yang sebenar. Jika sebelum ini kita tidak tahu siapa pemimpin kita dari segi zahir dan batinnya, maka jelas kita telah tersilap memilih orang seperti ini. Maka pada hari ini, perubahan mesti dilakukan demi masa hadapan. Kuasa yang ada ditangan kesatuan melalui majoriti Pembantu Tadbir dan kumpulan sokongan yang lain seharusnya diterjemahkan dengan KEADILAN. Setiap insan menuntut keadilan kerana hanya manusia yang berhati binatang sahaja yang menafikan.

Maka saya menyeru kepada Pembantu Tadbir diseluruh Malaysia, menyingkirkan orang-orang ini dengan erti kata khidmat anda tidak diperlukan, perjuangan anda tidak bermakna, jika anda diibaratkan seperti sampah, maka sampah itu lebih berguna kerana boleh dikitar semula dijadikan pelbagai jenis kuasa. Maka hinanya anda lebih lagi dari sampah.

Pada yang terasa selepas membaca artikel ini, saya memohon seribu keampunan dari hujung kaki hingga hujung rambut. Sesungguhnya bahasa yang lahir adalah nilai sebuah perjuangan yang inginkan keadilan. Walau sejauh mana harapan, setinggi mana impian maka kita tidak akan dapat menggapai jika pada hari ini kita tidak melangkah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.