Total Pageviews

Monday 20 June 2011

Kesatuan Tidak Akan Maju Selagi Ada Gerombolan Yang Tidak Berpandangan Jauh

Nampaknya tulisan saya kini telah mendapat beberapa perhatian dari golongan kritikan terutama yang tercabar. Perebutan jawatan adalah satu perkara manakala idelogi seseorang adalah satu perkara.

Saya melihat terdapat individu-individu yang mula terasa bahang kepanasan. Kita telah melangkah kesatu era dimana kita bebas bersuara. Maka individu ini pada hakikatnya merasa takut tercabar. Dalam apa-apa pertandingan atau perebutan sesuatu jawatan, prinsip kalah dan menang itu telah menjadi adat resam dimana pasti ada yang kalah dan pasti ada yang menang. Pertandingan yang sihat melambangkan sesuatu badan atau parti atau kesatuan itu mempunyai individu yang berkarisma. Pertandingan yang tidak sihat mencerminkan kekotoran yang ada pada badan atau parti atau kesatuan tersebut. Suka saya tegaskan disini bahawa individu-individu ini cuba menyerang peribadi.

Saya ingin jelaskan disini, berapa banyak Pembantu Tadbir yang sedar tentang kepentingan kesatuan ini? Sebelum ini, berapa ramai Pembantu Tadbir yang tahu Peraturan-Peraturan Kesatuan? Dan saya juga ingin tanya individu-individu yang cuba menyerang soal peribadi, adakah mereka tahu peraturan-peraturan kesatuan? Kalau benar mereka tahu, mengapa mereka tidak memberitahu? Sebagai ahli kesatuan yang cinta dan sayang kepada kesatuan, mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, sewajarnya mereka menghebahkan perkara ini. Dalam Akta Kesatuan Sekerja telah tertulis, bahawa setelah ahli itu sah menjadi seorang ahli yang berdaftar, maka mereka itu perlu dibekalkan dengan buku Peraturan tersebut. Adakah gerombolan-gerombolan ini nampak apa yang berlaku? Adakah ia dibekalkan? Apakah ini satu muslihat bagi mengaburi mata-mata mereka yang mempunyai semangat? Mereka-mereka yang tertindas?

Saya memuji sikap presiden kesatuan cawangan Perak yang lebih professional. Beliau mengambil langkah yang baik dengan membekalkan kepada saya buku tersebut. Saya juga mengambil langkah yang sama membekalkan kepada rakan-rakan pt di tempat bertugas sebelum ini.

Berbalik kepada buku tersebut, selama ini kita telah dikelabukan matlamat kesatuan, sumbangan kesatuan, kuasa yang ada pada kesatuan dan kebajikan yang ditawarkan kesatuan. Saya amat memahami perkara ini berlaku atas masalah kewangan. Namun demikian, dunia tanpa sempadan telah membuka ruang-ruang percuma untuk menyebarkan maklumat berkenaan. Maklumat ini sepatutnya disampaikan oleh orang yang bertanggungjawab. Maka hakikatnya pada hari ini seramai 12,000 orang Pembantu Tadbir KKM, yang menerima maklumat hanya 4,000 orang sahaja dan saya percaya yang memiliki dan mengetahui matlamat kesatuan hanya sekitar 2,000 orang sahaja. Saya mencabar orang yang mengkritik manifestasi yang saya tulis untuk meletakkan angka bilangan ahli yang mengetahui maklumat ini. Silakan.

Faktor diatas jelas membuktikan bahawa ahli tidak diberi pengetahuan tentang tujuan asal kesatuan itu ditubuhkan. Presiden CUEPACS bukan menteri tetapi berjaya menuntut tuntutan pelbagai tidak kira apa jawatan sekalipun. Beliau juga berkempen kesana kemari dalam usaha mencari sokongan dari semua penjawat awam. Maka dimanakah rasional yang diletakkan oleh individu ini mengatakan kita tidak boleh melaksanakan tugas seperti menteri.

Hakikatnya, perjuangan ini walaupun berbeza pendapat seharusnya sama. Jika dalam kesatuan itu tidak dapat direalisasikan tujuan-tujuan kesatuan itu ditubuhkan, maka apakah maknanya peraturan itu ditulis?

LU PIKIRLAH SENDIRI.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.