Total Pageviews

Tuesday 21 June 2011

Ada Gerombolan Yang Menolak Demokrasi Dalam Kesatuan

Dalam Islam, tidak ada demokrasi. Tetapi ada adil. Demokrasi dan adil sifatnya adalah sama namun tafsiran adalah berbeza. Demokrasi adalah keadilan untuk semua. Adil pula ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sitem demokrasi yang diterapkan oleh kesatuan telah jelas melalui peraturan-peraturan yang ditetapkan. Semua ahli dalam kesatuan diberikan hak yang sama. Fungsi peraturan tersebut adalah menjadi asas kepada keputusan-keputusan sesuatu perkara yang timbul.

Pada hari ini, saya melihat gerombolan ini telah melanggar asas prinsip demokrasi. Jelas dan terang dalam Peraturan Kesatuan telah menetapkan bahawa kesatuan salah satu nya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ahlinya. Berdasarkan kepada keadaan semasa dalam perkhidmatan awam, beberapa perkara telah tidak menjadi relevan untuk dikuatkuasakan. Seperti yang saya tulis sebelum ini, ayat 'Atas Kepentingan Perkhidmatan' salah satu daripadanya. Gerombolan ini mendakwa perkara ini adalah mustahil untuk dilaksanakan. Mereka menganggap kesatuan ini tidak boleh mencapai matlamat jika saya dilantik untuk jawatan yang dipertandingkan.

Saya merasakan pemikiran gerombolan ini sangat sempit dengan menganggap kesatuan tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perkara tersebut. Meremehkan sesuatu isu yang dibangkitkan oleh seorang ahli adalah tidak bertepatan dengan peraturan kesatuan itu sendiri. Kiranya gerombolan ini menang sekalipun, saya masih boleh menerima hakikat kerana tujuan saya hanya untuk kebajikan  kepada ahli. Jelas telah diterangkan dalam manifestasi yang ditulis dimana semua matlamat itu adalah sebahagian dari kebajikan ahli. Sifat dengki dan iri hati gerombolan memfitnah pihak lawan adalah satu sifat 'terpuji' oleh beberapa gerombolan peringkat atasan kesatuan sendiri. Saya tidak dapat meneka kerana mereka menggunakan 'nickname' khas dimana 'nickname ini boleh digunakan oleh pegawai atasan kesatuan. Namun ada yang telah dikenalpasti.

Faktor diatas telah jelas membuktikan 'taktik kotor' gerombolan dalam perebutan kuasa. Sebelum ini, saya tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kesatuan dan peluang yang diberikan untuk membatu kesatuan adalah sangat terhad. Tanpa sebarang jawatan didalam kesatuan, bagaimana matlamat saya ingin dicapai?

Kesimpulannya, sekiranya anda inginkan perubahan, pilihlah saya sebagai calon. Dengan matlamat yang telah ditetapkan, maka jelas bahawa prinsip saya adalah 'Kebajikan Untuk Semua Ahli'. Sekiranya saya tewas, maka saya tidak mungkin merialisasikan matlamat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.