Total Pageviews

Monday 20 June 2011

Mansuhkan 'Atas Kepentingan Perkhidmatan Awam' dan 'Lain-Lain Arahan Yang Diarahkan Oleh Ketua Jabatan Dari Masa Ke Semasa'.

Tajuk ini memang selalu digunakan oleh gerombolan-gerombolan yang duduk di puncak atau lebih senang kita kata golongan yang mempunyai kuasa atau gile kuasa. Tentu mereka marah bila baca apa yang aku tulis. Maklum la, yang makan lada tentu pedas.

Hakikat pada masa kini terlalu ramai gerombolan-gerombolan menggunakan dua baris ayat ini bagi melakukan sesuatu dimana mereka sebenarnya telah ketandusan idea untuk memanupulasi orang bawahan. Sebagai contoh, sesuatu tindakan tatatertib yang gagal membuktikan kesalahan kepada pegawai berkenaan, maka cara terbaik untuk menghukum adalah dengan menukarkan pegawai berkenaan dengan alasan atas kepentingan perkhidmatan awam. Mereka memang tidak adil dengan tidak menimbangkan dulu kesusahan, keperitan, kesengsaraan dan peri kemanusian. Apakah kalau mereka itu dibuat sedemikian rupa dan mereka akan terima dengan hati terbuka? Sudah tentu mereka mempunyai perasaan seperti itu kerana mereka itu 'manusia' yang mempunyai 'akal' melainkan mereka itu 'binatang' kerana Allah menciptakan 'binatang' tanpa akal. Oleh kerana faktor menyalahgunakan baris-baris ayat yang dianggap 'penyelesai segala masalah' ini, seharusnya ia dimansuhkan terus dan dipadam dalam semua Pekeliling. Sekiranya benar-benar atas kepentingan perkhidmatan, dalam perkhidmatan awam ni berjuta orang ada yang ingin balik ke kampung halaman. Apakah mereka itu tidak mempunyai data-data berkaitan dengan permohonan pertukaran? Semua bohong belaka demi mengikut 'hawa nafsu serakah' yang tamak dan haloba. Maka amat-amat tidak sesuai lagi baris ayat ini dikekalkan dan wajar dimansuhkan.

Satu lagi baris ayat manis yang gemar digunakan oleh gerombolan adalah seperti yang kedua. Ayat ini begitu mahsyur sekali terutama bagi yang 'kaki buli' dan 'berat tulang'. Memang langsung tidak berakal orang-orang sebegini. Dalam sesuatu jabatan, ada banyak jawatan. Maka tidakkah jawatan-jawatan itu telah mempunyai tugas-tugas masing-masing? Maka tidak diletakkan jawatan itu disitu kiranya ia tidak diperlukan. Ditambah pula pekeliling yang dikeluarkan telah menjelaskan siapa yang bertanggungjawab dan siapa perlaksana tugas-tugas berkenaan. Maka dimanakah rasional baris ayat ini diletak didalam senarai tugas? Yang menyokong rasional ayat ini adalah mereka yang 'gila kuasa' dan hanya tahu mengarah termasuk kaki buli. Hakikatnya telah nyata semua tugas telah dipertanggungjawabkan kepada jawatan-jawatan khas dengan bayaran yang setimpal. Maka tidak relevan lagi ayat ini dan dimansuhkan terus.

Mungkin pada hari ini ada dikalangan kita yang membaca tulisan ini mengkritik apa yang saya tulis. Ada yang kata perkara ini tidak akan berlaku dan pasti tidak dapat dilaksanakan.Jika pada hari ini CUEPACS telah menghantar 5 tuntutan berkaitan program PROSPEK walaupun MoU telah dipersetujui sebelum ini, mengapa kita tidak boleh menuntut tuntutan seperti ini? Sudah tentu kita boleh melakukanya. Kiranya dengan cara lembut tidak berjaya, kita gunakan cara agresif. Dan kiranya masih tidak berjaya, maka sudah pasti kita rancangkan mogok besar-besaran.

Pada ketika ini, saya juga merasakan ada yang bertanya mengapa tidak manifestasi saya tidak menyebut berkenaan upgrade jawatan? Sebenarnya isu adalah isu semua dimana kita telah pun mempunyai plan perancangan. Maka isu itu telah dilaksanakan dan hanya menunggu keputusan. Namun sekiranya ia masig gagal, maka saya juga turut berjanji akan bertindak lebih agresif bersama presiden perak untuk sama-sama turun padang mempersoalkan kelewatan tindakan dari pihak berwajib.

Pada masa ini, setiap jabatan mempunyai pianggam pelanggan dimana mereka mempunyai sasaran kerja. Maka sekiranya sasaran tersebut tidak dicapai, kita berhak mempersoalkan intergriti pegawai berkenaan. Kita ada Biro Pengaduan Awam, kita ada Badan Pencegah Rasuah dan kita ada SUHAKAM. Maka kita akan membuat satu aduan kepada mereka supaya tindakan diambil dengan segera. Barulah mereka akan buat kerja.

Kesimpulannya, perkara ini merupakan satu perkara yang amat serius dimana terletaknya ruang-ruang diskriminasi, buli dan salah guna kuasa oleh pegawai-pegawai atasan yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kita menyokong supaya perkara ini dimansuhkan terus untuk kepentingan kumpulan sokongan.

Hidup PT!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.