Total Pageviews

Tuesday 14 June 2011

Pemilihan Pegawai Dalam Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan Cawangan Perak

Pada 9 Julai 2011 ini keptakes cawangan perak akan bersidang di kota bharu. Persidangan kali ini nampaknya agak panas memandangkan khabar angin mengatakan ramai ahli yang ingin merebut jawatan dalam kesatuan termasuk saya sekali. Seperti politik, gerombolan yang membawa puak-puak gerombolan biasanya akan  menang.

Sebelum ini dalam forum MOHCUBE saya ada mengkritik cara pemilihan pegawai dalam kesatuan. Pada kali ini terdapat perbezaan ketara dimana ramai puak pembantu tadbir berminat untuk menyertai rombongan ke negeri cik siti wan kembang. Perkara ini merupakan satu perubahan yang amat ketara dimana telah wujud satu sifat atau sikap yang boleh dikatakan kesedaran untuk berkesatuan. Maka perubahan ini mewujudkan situasi perebutan kerusi panas dalam kesatuan.

Mengikut pengalaman saya dalam kebanyakkan pemilihan termasuk pemilihan UMNO, PAS dan pilihan raya, pemenang yang akan menang biasanya adalah dari golongan mereka yang kuat melobi. Itulah yang saya sendiri sedang lakukan dimana saya cuba untuk melobi rakan-rakan PT yang menggunakan Facebook dan MOHCUBE sebagai medium interaksi. Dari apa yang saya lihat, ada positif dan ada negatif dimana terdapat beberapa pihak menentang saya. Hakikat ini saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.

Berbalik kepada isu pemilihan, saya menjangkakan kerusi bagi jawatan Presiden akan kekal. Faktor ini adalah berdasarkan penyokong-penyokong setia presiden pasti akan menyertai gerombolan ke Kelantan. Faktor kedua pula adalah dari segi sikap beliau yang agresif dan bertindak cepat terhadap kritikan-kritikan. Perkara ini amat jelas dimana semasa kehadiran Cuepacs di HRPB tempoh hari, populariti beliau telah meningkat. Dijangka bilangan yang ingin merebut kerusi tersebut tidak sepanas kerusi timbalan presiden.

Pada tahun ini dijangka kerusi timbalan presiden menjadi kerusi panas memandangkan penjawatnya akan berpencen tidak lama lagi. Jawatan No. 2 dalam kesatuan itu turut menjadi idaman saya. Saya menjangka beberapa ahli lama juga turut mengidam jawatan ini. Mereka juga mempunyai reputasi besar dalam jabatan. Namun demikian, golongan ini akan hanya mampu menang sekiranya membawa gerombolan yang besar.

Bagi jawatan-jawatan lain persaingan tidaklah begitu sengit. Ini kerana melalui situasi sekarang, ajk kecil hanya akan mempunyai perubahan kecil memandangkan beberapa AJK didapati telah gagal bertindak terutama dalam kempen meramaikan ahli. Jika dilihat sumbangan AJK ini langsung tiada dimana beliau gagal memberi kerjasama kepada team presiden.

Kepada ahli kesatuan perak, kesedaran untuk memilih calon yang sesuai amat diperlukan. Kita kini diera transformasi dari kesatuan yang pasif kepada kesatuan yang aktif. Sejarah lalu telah membuktikan pemilihan mengikut faktor jawatan penyelia, seniority, kewangan dan nama besar tidak lagi mendatangkan impak besar kepada kesatuan. Kita lihat diera pemilihan tahun 2007 dimana presiden yang dilantik ketika itu langsung tidak bekerja. Maka kita tidak ingin perkara ini berulang kembali.

Jadi, bertindaklah dengan bijak. Gunakan mata hati, akal dan fikiran untuk memilih calon pilihan anda.

p/s : undi ini bukan rahsia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.