Total Pageviews

Thursday 30 June 2011

Menutup Mulut Pengkritik Murahan

Hari ni aku amat berpuas hati dengan research yang aku buat. Melalui pembacaan pelbagai maklumat a akhirnya simpulan berjaya juga aku buka. Simpulan yang kusut dari bulan Oktober 2010 hampir terlerai pada hari ini. Namun bibit-bibitnya sudah nampak ada sinar disebalik kegelapan.

Pada hari ini di Parlimen, ahli parlimen telah meluluskan rang undang-undang majlis konsultan gaji. Selaras dengan matlamat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri telah menunaikan janji beliau untuk mengkaji dan melaksanakan akta gaji minimum. Tuntutan yang asalnya dikemukakan oleh Cuepacs dan MTUC ini sejak sekian lama telah tertunai. Bukan sahaja kakitangan awam yang bergembira, malahan sektor swasta juga dapat merasa bahangnya.

Rang undang-undang ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Berdasarkan penyata rasmi dewan negara pada 28 April 2011, Kementerian Sumber Manusia awal-awal lagi telah melantik Bank Dunia sebagai agensi yang membuat kajian bagi gaji minimum. Berdasarkan hasil kajian bank dunia mengumumkan kadar pada 2.9. Namun demikian, Kementerian Sumber Manusia merasakan kenaikkan perlu lebih lagi berdasarkan situasi semasa negara dimana sudah banyak syarikat yang membuat keuntungan besar. Jadi kini adalah masa yang sesuai untuk akta gaji minimum dikuatkuasakan.


Kajian awal telah selesai pada Disember 2010 yang lalu dan berikutan daripada itu satu
makmal gaji minimum telah diadakan pada 7 hingga 14 Februari 2011. Makmal ini telah
melibatkan semua pihak yang berkepentingan selain daripada kementerian dan agensi-agensi
kerajaan berkaitan terlibat, juga wakil-wakil majikan, wakil-wakil pekerja, Ahli-ahli Parlimen dan
Senate, pertubuhan-pertubuhan sukarela, ahi-ahli profesional dan individu-individu tertentu. Satu
hari khas juga telah diadakan untuk mempamerkan kajian ini kepada awam untuk mendapat
input yang seluas-luasnya.

Berkaitan dengan persoalan tentang golongan yang menerima gaji hakiki semasa pada kadar 900 sebulan, Menteri Sumber Manusia juga telah menyatakan bahawa kajian berkenaan matriks gaji telah dibuat. Ini bermakna dalam sektor awam, Pekerja Rendah Awam yang dahulunya dalam sistem martrik gaji pada P1T1 adalah RM500, maka akan dinaikkan kepada gaji minimum. Sebagai contoh, gaji minimum yang dikuatkuasakan adalah RM700.00 maka matrik gaji bagi jawatan-jawatan diatas nya juga akan mengalami perubahan. Kementerian sumber manusia telah mengambil maklum akan perkara ini sebagai mana keterangan beliau dalam dewan negara tempoh hari.

Jadi disini tidak lagi timbul sebarang keraguan mengenai kenaikkan yang bakal dirasai oleh semua pekerja di seluruh negara. Saya amat berpuas hati dengan hasil kajian yang saya buat dimana saya telah membuktikan kemampuan saya mencari maklumat berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan kesatuan PT. Kini telah jelas bahawa JPA memang sedang menunggu keputusan dari Parlimen dan jawapan mereka 'masih dalam kajian' adalah relevan sekali.

Bagi pengkritik-pengkritik yang mengkritik tulisan saya sebelum ini, maka pada hari ini telah jelas dan terbukti bahawa saya telah melaksanakan apa yang sepatutnya saya laksanakan sebagai seorang ahli kesatuan. Tulisan saya juga bukan tulisan 'suka-suka hati'. Tulisan yang dihasilkan disini adalah berfakta dan mempunyai asas.

Maka pembaca sendiri diharap menilai siapa yang benar dan siapa yang salah. Kata-kata sindiran yang dikeluarkan oleh beberapa pihak dalam Facebook tempoh hari yang mengatakan saya tidak layak bertanding, saya tak buat kerja dan pelbagai lagi telah terjawab pada hari ini.

MAKA PADA HARI INI, SAYA INGIN BERTANYA KEPADA ORANG YANG BERKATA PERKARA ITU, 'APAKAH YANG ANDA SUMBANGKAN KEPADA KESATUAN?' ANDA YANG SEBENARNYA PANDAI BERKATA-KATA DAN MERASAKAN ANDA LAYAK MENDUDUKI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN. KALAU PERKARA SEKECIL INI ANDA TIDAK MAMPU MENCARI JAWAPAN, BAGAIMANA ANDA INGIN MENJADI PEMIMPIN KAMI? SESUNGGUHNYA PADA HARI INI SAYA TELAH MEMBUKTIKAN KESUNGGUHAN SAYA UNTUK MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA KESATUAN HANYA MELALUI TULISAN. TETAPI APA YANG ANDA LAKUKAN? SIAPA YANG SEBENARNYA YANG HANYA PANDAI BERKATA-KATA?

Kepada rakan-rakan sekalian, walaupun saya tahu bahawa saya memang tidak layak bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Caw. Perak, tetapi saya secara jujur tidak mengharap kepada jawatan tersebut. Saya lebih suka menulis dan mencari asas serta fakta bagi membantu kesatuan. Dahulu saya juga mengkritik dan menghentam kesatuan sehingga hampir sahaja kesatuan boleh dibubarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Saya tidak menggunakan isu besar, saya cuma memetik soal Buku Peraturan Kesatuan yang tidak dibekalkan kepada saya dimana saya telah mengadukan perkara ini kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Hasil nya, dua Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja iaitu Cawangan Negeri Perak dan Cawangan Negeri Selangor telah menghubungi saya. Untuk makluman rakan-rakan yang lain juga, sesalinan aduan tersebut telah saya hantar ke Biro Pengaduan Awam dimana saya membuat aduan bahawa Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak menjalankan tugas dengan betul. Hasil dari aduan tersebut, jelas beberapa pegawai kesatuan telah dipanggil bagi menjelaskan perkara terbabit.

Pada hari saya dipanggil memberikan keterangan kepada Pengarah Jabatan Tersebut, saya telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam kesatuan dimana saya sebagai ahli selama 7 tahun masih belum menerima buku tersebut. Dan seharusnya sebagai agensi yang bertanggungjawab mereka wajar mengambil tindakan kepada kesatuan sebagaimana yang tertakluk dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Bersabit dengan perkara ini, semua pegawai eksekutif kesatuan termasuk YDP telah turun ke Ipoh untuk berjumpa dengan saya mengenai perkara itu. Perjumpaan di Restoran Simpang Tiga pada malam itu telah memberi ruang kepada saya untuk meluahkan hasrat yang terpendam. Saya memaklumkan kepada YDP, selama saya menjadi ahli, apakah perkara-perkara baik yang saya nikmati hasil dari titik peluh kesatuan? Dan tidakkah tuan sedar mesyuarat yang diadakan di KUCHING itu menggunakan duit ahli sedangkan pada masa yang sama ada ahli di setiap negeri yang sedang sengsara menanggung derita? Saya amat terkejut dengan jawapan yang diberikan kepada saya bahawa sebenarnya YDP dan pegawai lain menggunakan wang mereka sendiri demi kesatuan. Hasil dari pertemuan itu telah menyedarkan saya betapa hebat dan tinggi nilai perjuangan YDP kita termasuk lah presiden negeri perak, Puan Rosnah. Mereka sebenarnya bertungkus lumus untuk menambah bilangan ahli bagi merialisasikan tuntutan yang ingin dikemukakan. Oleh kerana masalah kekurangan ahli ini merupakan isu besar kesatuan, maka mereka terpaksa dengan apa cara cuba untuk menambah bilangan ahli bagi menguatkan lagi tuntutan dalam mencari keadilan bagi Pembantu Tadbir ini.

Bertitik tolak dari perjumpaan itu, saya merasa diri saya amat bersalah. Saya seterusnya mengambil inisiatif untuk menulis dimana-mana ruang bagi mempertahankan kesatuan. Namun demikian, peluang saya untuk sama-sama berkempen dalam menambah bilangan ahli kesatuan amat terhad kerana saya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kesatuan. Maka pada tahun ini apabila ada jawatan dipertandingkan maka saya berhasrat untuk memegang satu jawatan. Melalui jawatan ini sahaja yang membolehkan saya bergerak menyebarkan maklumat serta berkempen untuk menambah bilangan ahli.

Tetapi sayangnya ada beberapa gerombolan yang merasa tidak berpuas hati dengan saya dan lebih suka cakap menggunakan 'pungkok'. Pada hari ini saya telah membuktikan bahawa kata-kata saya berasas dan mempunyai fakta sahih. Maka kini kita sendiri boleh menilai orang ini. Jika orang ini yang kita pilih menjadi pemimpin, nescaya akan tumbang dan roboh lah kota yang kita bina. Jika orang ini yang kita angkat menjadi ketua, nescaya karamlah kapal di lautan bergeloran. Jika orang ini kita angkat menjadi timbalan presiden, percayalah kata saya kita akan menyesal sampai kita pencen.

Justeru itu, berdasarkan kepada bukti yang kukuh dan jelas mengenai orang ini, maka saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menolak orang ini dan jangan mengundi beliau dari sebarang jawatan dalam kesatuan. KITA MESTI TOLAK ORANG YANG HANYA PANDAI MENGKRITIK, TETAPI TIDAK SEDIA MENERIMA KRITIKAN, KITA MESTI MENOLAK ORANG YANG PANDAI MENGATA DIBELAKANG, SEDANGKAN DIRINYA SENDIRI TAK BUAT APA-APA.

HIDUP KESATUAN!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.