Total Pageviews

Tuesday 28 June 2011

Confirm : Gaji Naik Akhir Tahun Ini

Berita diatas amat-amat menggembirakan semua pihak. Bukan sahaja pembantu tadbir, malah semua jawatan dari kumpulan sokongan dimana gaji permulaan mereka dalam lingkungan RM500 hingga RM700. Berdasarkan berita yang dikeluarkan, saya yakin kerajaan sedang mempertimbangkan semakan gaji.

Menerusi Majlis Konsultasi Gaji Negara, kerajaan telah mengkaji dan membuat pertimbangan untuk meluluskan cadangan kenaikkan gaji bagi penjawat awam terutama kumpulan sokongan dari gred 1 hingga 17 dimana kebanyakkan mereka memperolehi gaji pokok dibawah garis kemiskinan. Berdasarkan beberapa pos yang saya siarkan pada hari ini, jelas kerajaan begitu serius untuk melaksanakan perkara ini bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.

Merujuk kepada tuntutan kesatuan, jawapan yang ditanya telah terjawab. Bukan sahaja skim pembantu tadbir akan digubal, malah skim lain dari Gred 1 hingga 16 juga akan digubal sama. Tuntutan Cuepacs supaya gred terendah dalam perkhidmatan awam adalah 17 telah melonjakkan kedudukan PT lebih tinggi dari sekarang. Ini bermakna pada masa akan datang Pekerja Rendah Awam akan memakai Gred R17 dan menerima gaji hakiki minimum RM900.00 .

Untuk jawatan pembantu tadbir, saya menjangkakan akan ada kenaikkan gred dan gaji memandangkan skim gaji yang sedia ada bakal dirombak. Saya menjangkakan kenaikkan gaji sekitar RM300.00 hingga RM500.00 berdasarkan perbezaan gaji antara N1 dan N17.

Mengenai Gred pula, saya menjangkakan Pembantu Am Pejabat akan memegang gred N17. Manakala Pembantu Tadbir mungkin akan dinaikkan terus ke Gred N27. Bagi Penolong Pegawai tadbir, saya menjangkakan mereka mungkin berada diantara gred N32 hingga N41.

Perkara ini diambil berdasarkan keterangan-keterangan dalam post yang saya publish sebelum ini. Sehubungan dengan itu, berita gembira ini sewajarnya kita sebarkan kepada semua Pembantu Tadbir.

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.