Total Pageviews

Thursday 3 November 2011

Laporan Ketua Audit Negara : Kenyataan Rasmi SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menarik perhatian kepada isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkenaan pembelian beberapa perperalatan oleh Jabatan Taman Laut, yang dilaporkan 177 peratus hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Antara peralatan yang dikatakan dibeli dengan harga tinggi berbanding harga pasaran ialah Bushnell Binocular (Night Vision).
Hasil siasatan SPRM menunjukkan Jabatan Taman Laut telah diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membeli bot aluminium all weather. Hasil siasatan SPRM juga mendapati tender perolehan ini membabitkan satu unit bot di mana ia termasuk kos pakej peralatan Bushnell Binocular (Night Vision). Perbezaan harga ini wujud kerana penilaian dibuat oleh Jabatan Taman Laut adalah berdasarkan harga pakej secara keseluruhan yang menguntungkan.
Perolehan kontrak membina bot ini telah ditawarkan pada harga tender sebanyak RM7.51 juta kepada Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja mereka bentuk, membina, memasang, menguji serta menyerah sebuah bot aluminium all weather. Jawatankuasa teknikal telah membuat penilaian dan syarikat ini adalah antara 3 syarikat yang melepasi penilaian teknikal dan menawarkan antara 3 harga terendah.
Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.
Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.