Total Pageviews

Sunday 30 October 2011

Antara PTD dan PT

PTD sejak daripada dulu lagi telah memberi perkhidmatan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah. Mereka lah yang membangunkan dasar, merancang pelaksanaan dan mengambil tindakan. Sudah tentulah dengan bantuan perkhidmatan yang lain juga. 
Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA 
Dalam agensi kerajaan pada ketika ini tidak dinafikan banyak jawatan PTD telah diperuntukkan. Jawatan ini kebiasaanya diletak dibawah bahagian pengurusan dimana tugas mereka adalah mentadbir sesuatu jabatan. Namun harus diingatkan bahawa urusan pentadbiran bukan hanya dilaksanakan oleh PTD sahaja bahkan PT sebenarnya yang menjadi akar kukuh terhadap urusan pentadbiran di sesuatu jabatan.
Saya ingin mengaitkan perkara ini dengan permohonan kesatuan untuk penambahbaikkan jawatan pembantu tadbir. Semua orang telah mengetahui bahawa kita telah membuat kertas kerja untuk dikemukakan kepada pihak JPA. Namun sehingga kini pihak JPA tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha kita untuk menambah baik skim pembantu tadbir. 
Sebagai jawatan dalam skim pentadbiran dan pengurusan, maka amat jelas sekali pembantu tadbir berada dibawah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Malahan perkhidmatan bahagian pengurusan di KKM juga diketuai oleh PTD dan bukan seorang DOKTOR. Seharusnya sebagai kumpulan perlaksana dibawah PTD, seorang PTD wajar mempertahankan hak orang bawahan beliau. 
Apa yang berlaku pada masa ini adalah sebaliknya. Jika benar PTD yang membangunkan dasar-dasar kerajaan, maka tukang masak dan jururawat tidak perlu mengemukakan kertas kerja upgrade jawatan. Maka CUEPACS tidak perlu bersusah payah menyediakan kertas kerja penggantian sistem PTK kepada PROSPEK. Kesatuan Pembantu Tadbir tidak perlu bersusah payah membayar syarikat perunding menyediakan kertas kerja penambah baikkan skim perkhidmatan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.