Total Pageviews

Sunday 30 October 2011

Laporan Ketua Audit Negara : Jangan Salahkan Pembantu Tadbir

Baru-baru ini ketua audit negara telah mengeluarkan laporan audit bagi semua agensi kerajaan untuk tahun 2010. Banyak ketirisan telah dikesan. Sejarah yang lepas telah menggambarkan betapa pembantu tadbir antara calon-calon yang bakal dipersalahkan oleh ketua-ketua jabatan yang ingin menjadikan mereka kambing hitam demi 'survival' mereka dalam perkhidmatan awam.

Pada hari ini masih belum lagi kedengaran mana-mana pihak yang disoal oleh SPRM. Sebelum ini contohnya pada tahun-tahun yang lepas dimana IKBN telah membuat pembelian yang mencurigakan. Begitu juga dengan tahun ini dimana harga belian oleh pihak tertentu jauh lebih mahal dari harga pasaran.

Kita sedia maklum bahawa apa-apa jua pembelian kebanyakkan akan melibatkan jawatan pembantu tadbir tidak kira kanan atau yang kiri. Ini kerana semua jabatan terutama jabatan yang kecil mengharapkan pembantu tadbir untuk menguruskan sebarang pembelian. Malahan ada ketua jabatan yang terus melepaksan tanggungjawab pembelian dan penggunaan kad E-SPKB mereka kepada pembantu tadbir. Saya amat memahami situasi ini kerana ia berlaku di depan mata saya sendiri. Sebagai pembantu tadbir, mereka terpaksa akur dengan kehendak ketua jabatan tersebut memandangkan periuk nasi mereka juga perlu dijaga.

Itulah hakikatnya dimana dalam hal ini perangkap telah dipasang. Peluang untuk penyelewengan terhidang. Apabila auditor datang maka pelbagai persoalan akan timbul. Siapa yang akan dipersalahkan? Tidak lain dan tidak bukan muka pembantu tadbir yang menjadi mangsa mengadap auditor tersebut. Ini adalah realiti. Barang sesiapa yang menafikan perkara ini maka orang tersebut adalah bapak segala penipu.

Berbalik kepada laporan ketua audit negara, saya menjangkakan perkara ini akan berlaku tidak lama lagi. Sewajarnya pihak auditor mennyiasat sedalam-dalamnya punca penyelewengan dan ketirisan tersebut dari pelbagai sudut. Bagi kumpulan perlaksana seperti pembantu tadbir, kami hanya menurut perintah. Jadi yang memerintah seharusnya bertanggungjawab keatas sebarang ketirisan dan penyelewengan. Bukan yang diperintah. Tanpa arahan mana-mana pemerintah, yang diperintah tidak akan melaksanakan tugas yang diperintah.

Seharusnya semua pembantu tadbir juga sedar berkenaan perkara ini. Sekiranya ada diantara pembantu tadbir yang menghadapi masalah seperti ini, jangan segan jangan malu. Sila hubungi saya untuk khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.