Total Pageviews

Friday, 2 December 2011

SBPA : Jangan Terlalu Gembira

Post Tan Sri KPPA dalam wall facebook nya tentang kenaikkan gaji penjawat awam bagi skim perlaksana menceriakan segelintir golongan kita. Namun harus diingatkan kegembiraan itu sebenarnya boleh menjadi kedukaan berpanjangan kerana ada udang disebalik mee. Mee bukan mee udang di Kuala Sepetang Taiping, tetapi mee di gerai chokia tepi jalan di ceruk kampung.

Kita perlu mengetahui bahawa kerajaan kini sebenarnya kearah 'downsizing'. Bagi yang pernah mengambil subjek ekonomi mereka amat memahami apa yang dikatakan dengan downsizing dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. 'Exit Policy' yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah satu untuk mengecilkan jumlah penjawat awam. Pada masa ini walau berprestasi rendah namun kita masih lagi boleh menikmati kenaikkan gaji. Ada diantara kita bukan mendapat prestasi yang rendah kerana tidak membuat kerja. Ada juga diantara kita yang berprestasi tinggi bukan kerana kerjanya yang cemerlang. Bukan semua yang menerima anugerah khidmat cemerlang itu benar-benar layak untuk mendapatkannya. Ada ketua jabatan pula mengamalkan sistem kuota. Ada juga ketua jabatan yang mengamalkan sikap pilih kasih. Dan ada juga ketua jabatan yang suka mendengar khabar angin.

Isu yang ingin saya bincangkan adalah sejauh mana ketelusan seorang ketua jabatan yang akan menilai prestasi setiap anggota bawahan beliau. Rumor mengatakan dalam SBPA ini sekiranya kita tidak mencapai markah prestasi diatas 70% maka kerajaan bakal mengemukakan cadangan 'Exit Policy'. Ini bermakna secara lembutnya kerajaan menawarkan kita untuk berhenti berkhidmat dengan kerajaan. Inilah masalah dan kesan yang bakal timbul dikemudian hari.

Kebanyakkan ketua jabatan ini adalah terdiri dari manusia dan bukan dewa, bukan malaikat, bukan syaitan dan bukan juga binatang. Tetapi segelintirnya sebagaimana yang saya tulis diatas. Ketiadaan sikap PROFESIONALISME seseorang ketua jabatan akan menyebabkan kebarangkalian untuk penjawat awam mendapat perkenan 'Exit Policy' begitu tinggi. Ini kerana amat jelas sekali bahawa kuasa memberi markah prestasi berada ditangan mereka. Jika benar seseorang penjawat awam itu berprestasi rendah memang wajarlah ditunjukkan jalan keluar kepada mereka. Tetapi bagi yang teraniaya dimanakah jalan hala tuju untuk mereka ini mengadu?

Rakan-Rakan Pembantu Tadbir Sekalian,

Tony Pua jelas dan amat terang mengatakan apabila pakatan rakyat memerintah mereka bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam. Ini adalah satu keterangan yang jelas. DSN mencadangkan satu sistem baru untuk penjawat awam dengan kenaikkan gaji yang tinggi namun disebaliknya ada 'Exit Policy'. Jika kita melihat kepada isu dan isu tersurat maka sebenarnya tujuan tetap sama kearah mengurangkan bilangan penjawat awam. Man Power untuk melaksanakan hasrat tersebut adalah Ketua Jabatan.

Apabila kita selepas ini selesai menandatangani option SBPA maka secara tidak langsung kita akan begitu gembira menikmati gaji baru yang lebih tinggi. Dalam pada masa yang sama sebelah kaki kita sebenarnya berada diluar perkhidmatan awam. SBPA telah menunjukkan satu jalan keluar yang mudah. Ini lah perkara yang amat saya risaukan terutama kepada penjawat awam yang bukan kaki bodek dan kaki kipas.

Saya amat berharap, sekiranya benar rumor ini pihak kesatuan segera mengambil langkah bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Telah jelas dan amat terang sekali terdapat pihak yang amat berkuasa menentukan markah prestasi seseorang penjawat awam. Pihak yang boleh dibeli akan bertambah dan pihak yang teraniaya juga bakal bertambah. Sekiranya tidak dibendung perkara ini, maka kita akan melihat ramai penjawat awam akan kehilangan periuk nasi.

Sekian.

7 comments:

  1. tp mmg betul pun skng ni org atasan pilih kasih...mcm kat tpt kje sy ni pun kami kat sini ramai yg tertindas....kami dh x thn lg ngan sikap org atas yg hanya nk cri salah kami walhal kami selalu dipuji audit luar sbb jlnkan tugas dgn bagus...kalo la mcm ni susah la...

    ReplyDelete
  2. kita amat berharap apabila SBPA diperkenalkan nanti prospek juga akan dikuatkuasakan. Hanya melalui prospek sahaja peluang kita untuk kekal dalam perkhidmatan awam. Ini kerana melalui prospek sistem penilaian adalah melalui penilaian semua pihak dari semua peringkat. Baru adil dan ketua jabatan tidak mempunyai kuasa yang begitu besar. Dan saya harap juga melalui prospek kita boleh memecat pegawai atasan yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional.

    ReplyDelete
  3. PT.? Yg rajin berapa kerat je.. Yg lain amek WP1, blk 430. Walhal waktu rasmi kerja start 830. Abestu 730-830 buat apa? Minum kopi.. Kahkahkahkahkah.. Sembang kuat la wehPT.? Yg rajin berapa kerat je.. Yg lain amek WP1, blk 430. Walhal waktu rasmi kerja start 830. Abestu 730-830 buat apa? Minum kopi.. Kahkahkahkahkah.. Sembang kuat la wehPT.? Yg rajin berapa kerat je.. Yg lain amek WP1, blk 430. Walhal waktu rasmi kerja start 830. Abestu 730-830 buat apa? Minum kopi.. Kahkahkahkahkah.. Sembang kuat la weh

    ReplyDelete
  4. jika di kirankan memang benar,,, dasar kerajaan mahu wujudkan suasana yang berbeza yang dapat meningkatkan produktiviti prestasi untuk individu itu sendiri -

    tidak hairan lah... ramai yang ambil half day - di kalangan atasan malahan bawahan...
    jika di lihat sudut berbeza,, ramai yang selalu krluar awal jam 12 datang balik jam 3 ptg.. alasan menghantar anak sekolah... ITU MASALAH PERIBADI... jika di lihat dari sudut pekerja swasta itu sendiri - jurang prestasi kerja amat tinggi -

    sama sama usah menambah kemarahan sedia ada... malahan cuba lah perbaikki diri itu - Insyallah ALLAH maha meyempitkan rezeki dan maha memperluaskan rezeki... jadi jangan salahkan DASAR -

    Hijrahkan Diri....

    ReplyDelete
  5. setuju dgn maya..
    Pada sy, bila dh sign opsyen nnt, berubah la. Kita xkan maju kalau dok pk yg negatif.
    Ingat, ape2 yg akan tjadi.. Telah dtetapkan.. Maka tugas kita adalah utk mengubahnya..

    ReplyDelete
  6. Berubah. Kalo tegur.. Calarlah kereta kau.. MINDA PT KELAS KETIGA.

    ReplyDelete
  7. Maya Malaya :
    Timbalan Pengarah masuk keje pukul berapa? Pakar Masuk keje pukul berapa? PTD masuk keje pukul berapa? EO masuk keje pukul berapa? PAP masuk keje pukul berapa? Sila nyatakan sebelum mengata ok....

    encikReza :
    Benar kata tuan kita perlu berubah. Tetapi harus diingat bukan hanya golongan PT sahaja atau mana-mana golongan yang berada dalam skim kumpulan perlaksana sahaja harus berubah. Pihak atasan sewajarnya menunjukkan sikap profesionalisme. Jgn jadi mcm mak bapa ketam yang berjalan mengiring tetapi berhasrat mengajar anak nya berjalan lurus.

    Kesimpulan :
    Dunia ini ibarat roda. Hari ini kita berada diatas. Tetapi tidak selamanya kita kekal disitu. Satu hari pasti kita akan dibawah jua. Itulah lumrah dunia. Hakikatnya yang teraniaya harus dibela.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.