Total Pageviews

Thursday, 3 November 2011

Laporan Ketua Audit Negara : Kenyataan Rasmi SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menarik perhatian kepada isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkenaan pembelian beberapa perperalatan oleh Jabatan Taman Laut, yang dilaporkan 177 peratus hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Antara peralatan yang dikatakan dibeli dengan harga tinggi berbanding harga pasaran ialah Bushnell Binocular (Night Vision).
Hasil siasatan SPRM menunjukkan Jabatan Taman Laut telah diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membeli bot aluminium all weather. Hasil siasatan SPRM juga mendapati tender perolehan ini membabitkan satu unit bot di mana ia termasuk kos pakej peralatan Bushnell Binocular (Night Vision). Perbezaan harga ini wujud kerana penilaian dibuat oleh Jabatan Taman Laut adalah berdasarkan harga pakej secara keseluruhan yang menguntungkan.
Perolehan kontrak membina bot ini telah ditawarkan pada harga tender sebanyak RM7.51 juta kepada Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja mereka bentuk, membina, memasang, menguji serta menyerah sebuah bot aluminium all weather. Jawatankuasa teknikal telah membuat penilaian dan syarikat ini adalah antara 3 syarikat yang melepasi penilaian teknikal dan menawarkan antara 3 harga terendah.
Meskipun harga pakej keseluruhan syarikat yang berjaya adalah rendah, terdapat keadaan di mana harga peralatan tententu dalam pakej tersebut tidak munasabah.
Kegagalan membuat kajian pasaran adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender.

Sunday, 30 October 2011

Antara PTD dan PT

PTD sejak daripada dulu lagi telah memberi perkhidmatan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah. Mereka lah yang membangunkan dasar, merancang pelaksanaan dan mengambil tindakan. Sudah tentulah dengan bantuan perkhidmatan yang lain juga. 
Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA 
Dalam agensi kerajaan pada ketika ini tidak dinafikan banyak jawatan PTD telah diperuntukkan. Jawatan ini kebiasaanya diletak dibawah bahagian pengurusan dimana tugas mereka adalah mentadbir sesuatu jabatan. Namun harus diingatkan bahawa urusan pentadbiran bukan hanya dilaksanakan oleh PTD sahaja bahkan PT sebenarnya yang menjadi akar kukuh terhadap urusan pentadbiran di sesuatu jabatan.
Saya ingin mengaitkan perkara ini dengan permohonan kesatuan untuk penambahbaikkan jawatan pembantu tadbir. Semua orang telah mengetahui bahawa kita telah membuat kertas kerja untuk dikemukakan kepada pihak JPA. Namun sehingga kini pihak JPA tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha kita untuk menambah baik skim pembantu tadbir. 
Sebagai jawatan dalam skim pentadbiran dan pengurusan, maka amat jelas sekali pembantu tadbir berada dibawah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Malahan perkhidmatan bahagian pengurusan di KKM juga diketuai oleh PTD dan bukan seorang DOKTOR. Seharusnya sebagai kumpulan perlaksana dibawah PTD, seorang PTD wajar mempertahankan hak orang bawahan beliau. 
Apa yang berlaku pada masa ini adalah sebaliknya. Jika benar PTD yang membangunkan dasar-dasar kerajaan, maka tukang masak dan jururawat tidak perlu mengemukakan kertas kerja upgrade jawatan. Maka CUEPACS tidak perlu bersusah payah menyediakan kertas kerja penggantian sistem PTK kepada PROSPEK. Kesatuan Pembantu Tadbir tidak perlu bersusah payah membayar syarikat perunding menyediakan kertas kerja penambah baikkan skim perkhidmatan.
 

Laporan Ketua Audit Negara : Jangan Salahkan Pembantu Tadbir

Baru-baru ini ketua audit negara telah mengeluarkan laporan audit bagi semua agensi kerajaan untuk tahun 2010. Banyak ketirisan telah dikesan. Sejarah yang lepas telah menggambarkan betapa pembantu tadbir antara calon-calon yang bakal dipersalahkan oleh ketua-ketua jabatan yang ingin menjadikan mereka kambing hitam demi 'survival' mereka dalam perkhidmatan awam.

Pada hari ini masih belum lagi kedengaran mana-mana pihak yang disoal oleh SPRM. Sebelum ini contohnya pada tahun-tahun yang lepas dimana IKBN telah membuat pembelian yang mencurigakan. Begitu juga dengan tahun ini dimana harga belian oleh pihak tertentu jauh lebih mahal dari harga pasaran.

Kita sedia maklum bahawa apa-apa jua pembelian kebanyakkan akan melibatkan jawatan pembantu tadbir tidak kira kanan atau yang kiri. Ini kerana semua jabatan terutama jabatan yang kecil mengharapkan pembantu tadbir untuk menguruskan sebarang pembelian. Malahan ada ketua jabatan yang terus melepaksan tanggungjawab pembelian dan penggunaan kad E-SPKB mereka kepada pembantu tadbir. Saya amat memahami situasi ini kerana ia berlaku di depan mata saya sendiri. Sebagai pembantu tadbir, mereka terpaksa akur dengan kehendak ketua jabatan tersebut memandangkan periuk nasi mereka juga perlu dijaga.

Itulah hakikatnya dimana dalam hal ini perangkap telah dipasang. Peluang untuk penyelewengan terhidang. Apabila auditor datang maka pelbagai persoalan akan timbul. Siapa yang akan dipersalahkan? Tidak lain dan tidak bukan muka pembantu tadbir yang menjadi mangsa mengadap auditor tersebut. Ini adalah realiti. Barang sesiapa yang menafikan perkara ini maka orang tersebut adalah bapak segala penipu.

Berbalik kepada laporan ketua audit negara, saya menjangkakan perkara ini akan berlaku tidak lama lagi. Sewajarnya pihak auditor mennyiasat sedalam-dalamnya punca penyelewengan dan ketirisan tersebut dari pelbagai sudut. Bagi kumpulan perlaksana seperti pembantu tadbir, kami hanya menurut perintah. Jadi yang memerintah seharusnya bertanggungjawab keatas sebarang ketirisan dan penyelewengan. Bukan yang diperintah. Tanpa arahan mana-mana pemerintah, yang diperintah tidak akan melaksanakan tugas yang diperintah.

Seharusnya semua pembantu tadbir juga sedar berkenaan perkara ini. Sekiranya ada diantara pembantu tadbir yang menghadapi masalah seperti ini, jangan segan jangan malu. Sila hubungi saya untuk khidmat nasihat.

Tuesday, 4 October 2011

Permohonan Maaf Kepada Admin Keptakes

saya ingin memohon maaf kepada En Shahril Azmi Sahli dan Pn Rosnah Kamaruddin diatas kesilapan teknikal yang berlaku dalam blog Dari Minda Pembantu Tadbir ... Untuk makluman pembaca, ada sedikit salah paham dalam post yg dipost kan dlm wall KEPTAKES. Apa yang dibuat oleh admin adalah terbaik dan saya memahami situasi yang amat sibuk sehingga mereka tak dapat mengemaskini berita dari Johor. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan tahniah kepada mereka berdua yang begitu cepat memaklumkan kepada saya situasi tersebut. Untuk ahli pula, nantikan kemunculan CD dari Tuan hj Saim. Kalau berminat nak beli tunggu dia post kat wall "cd for sale"....

Sunday, 7 August 2011

Ramadhan Bulan Rezeki

Dalam bulan ramadhan ni bukan sahaja pahala berganda yang di Offer oleh Allah s.w.t, bahkan rezeki juga mencurah-curah datang nyer. Begitulah betapa berkatnya bulan kesembilan dalam bulan Islam.

Sepanjang hari kita berpuasa, menahan nafsu disamping mana yang berkesempatan pula boleh berniaga menyediakan makanan untuk orang yang berbuka. Pada malam hari berjemaah menunaikan solat terawih. Sampai 1/3 malam pula bangun sembahyang tahajjud. Kemudian diberi pahala pula untuk mereka yang bangun bersahur. Jelaslah betapa banyaknya pahala yang dioffer. Rezeki dari berniaga. Maka beruntunglah mereka yang berjaya dan rugilah pula bagi orang yang meninggalkannya.

Begitulah bulan ramadhan. Malam ni nak mencari baju untuk anakanda. Buat beraya, sepanjang tujuh hari berpuasa dah boleh la nak beli untuk mereka. Tak perlu nak tunggu kerajaan bagi bonus yang entah berentah ada atau tidak, Silap-silap haribulan dapat le bantuan kewangan buat beli minyak tuk balik kampung. Syukurlah, Allah taala beri rezeki melimpah-limpah, tak perlu bergantung kepada bonus dan sebagainya. Ada Alhamdulillah, takda bukan rezeki.

InsyaAllah.

Tuesday, 26 July 2011

Muhasabah Diri Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t dan syukur atas segala limpah kurniaNya maka pada hari ini saya masih lagi boleh mencoret tulisan dalam blog ini. Rezeki yang berkat membawa kepada hidup yang diberkati. Kehadiran bulan yang berkat Al-Ramadhan Al-Mubaruk ini amat-amat dinanti oleh orang-orang yang beriman dalam mendekatkan lagi diri dengan Tuhan Pencipta Alam.

Sesungguhnya dalam bulan Ramadhan itu kita melihat banyak kebaikkan dimana kita disuruh berpuasa. Bukan sahaja puasa dari menahan lapar dan dahaga bahkan puasa dari semua aspek termasuk fizikal dan mental. Pada bulan yang diberkati Allah ini, kita diperintahNya supaya mengawal nafsu Amarah. Nafsu Amarah ini merupakan martabat pertama yang wajib bagi setiap umat Islam menghapuskan. Bermula seawal Ramadhan, jika sebelum ini kita bangun tidur pada pukul 6.00 pagi maka kini kita bangun lebih awal sedikit untuk mendapatkan berkat Rabbul Alamin untuk bersahur dan seterusnya bolehlah kita mengerjakan sembahyang subuh berjemaah. Sesungguhnya orang-orang Islam yang berjaya melakukan sembahyang subuh berjemaah di masjid, maka baginya satu kemenangan yang amat besar. Allah menghidupkan cahaya dalam hati-hati mereka dan pada hari pembalasan kelak mereka akan diberikan cahaya dalam kegelapan.


Sepanjang hari berpuasa, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah kita ditegah melakukan perkara-perkara mazmummah. Kita harus ingat bahawa pekerjaan yang kita lakukan sebagai Pembantu Tadbir tidak kira dimana adalah merupakan satu Ibadah. Allah memerintahkan semua manusia dalam dunia ini mencari rezeki yang dikurniakan olehNya melalui sifatnya Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bagi umat Islam tentulah lebih baik lagi kerana selain mendapat rezeki yang halal, Allah memberi ganjaran pahala yang besar. Ditambah pula dalam keadaan berpuasa maka berganda-ganda pahala yang Allah berikan. Dari yang demikian, untuk mendapatkan keberkatan dalam Ibadah Pekerjaan, maka wajib bagi kita berwaspada supaya setiap perbuatan dalam pekerjaan itu seharusnya tidak lari dari prinsip kerana Allah semata-mata.

Setiap kali kita solat maka kita telah berikar, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah semata-mata. Jadi adalah wajib kepada setiap Insan yang beragama Islam menunaikan ikrarnya kepada Allah. Maka jika kita gagal, tidak sempurnalah iman kita.

Bertitik tolak dari situ, dalam bulan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita sejauh mana kita mampu mengatasi nafsu amarah kita. Semoga Allah memberkati segala amalan kita dan menjauhkan kita dari azab seksa api neraka.

Sekian.

Roshidi Bin Ahmad Ismail
Penolong Setiausaha
Kesatuan Pembantu Tadbir Cawangan Perak.

Sunday, 24 July 2011

Diskriminasi Lagi, Tapi Bukan Pegawai Atasan, PT Sendiri

Ini adalah sesuatu yang pelik. Bila kita bercakap tentang diskriminasi selalunya yang terlibat adalah pegawai atasan. Tetapi pada hari ini berlaku sebaliknya. PT yang mendapat jawatan kanan pula mendiskriminasikan PT sendiri.

Tujuan menulis disini adalah bukan untuk publisiti. Tetapi ini adalah kenyataan yang berlaku sendiri keatas diri saya. Majoriti PT yang kerap buka MOHCUBE satu masa dulu tentu pernah membaca tulisan saya mengkritik pegawai atasan termasuk cc saya sekali. Amat jelas disitu bahawa saya telah membentangkan Fakta dimana tugas-tugas dalam Pengurusan Aset adalah dipertanggungjawabkan kepada PEGAWAI ASET dimana jelas dalam TPA tertulis siapa pegawai aset yang perlu dilantik. Tidak ada mana-mana dalam TPA tertulis tugas itu perlu dipertanggungjawabkan keatas PEMBANTU TADBIR. Apabila ketua jabatan menggunakan kuasa veto, maka mereka mampu mengubah TPA itu sendiri mengikut cita rasa kesesuaian diri mereka. Tetapi apabila satu aduan dibuat kepada BIRO PENGADUAN AWAM, maka kenyataan yang berlaku adalah PT itu telah mengingkari arahan ketua jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut. Jelas dan amat terang sekali betapa BIRO PENGADUAN AWAM ini sendiri adalah 'BUYERS YANG BESAR' dimana mereka ini menjaga kepentingan ketua jabatan.

Berbalik kepada diskriminasi tadi, kenyataannya hasil dari tindakan mengkritik tadi maka telah diputuskan bahawa tugas-tugas lain yang dibuat tidak dinilai dengan sebenar-benarnya. Penilaian pegawai ini iaitu Pembantu Tadbir Kanan W22 menilai dengan 'EMOSIONAL'. Oleh kerana ia begitu subjektif maka amat sukar untuk dibuktikan. Namun sekiranya ada pegawai-pegawai lain yang melihat bagaimana saya berfungsi dan memahami tugas-tugas PT yang sebenar, maka mereka akan tahu siapa sebenarnya yang telah gagal melaksanakan tugas. Jelas dan amat terang, dalam satu mesyuarat, Ketua Jabatan telah mengeluarkan kata-kata bahawa tugas PT sebenarnya adalah menaip surat. Pada hari ini, KETUA JABATAN TERSEBUT iaitu seorang timbalan pengarah telah menidakkan kata-kata beliau pada hari itu. Sekali lagi jelas kredibiliti pegawai ini amat-amat dipersoalkan? Inikah corak rupa bentuk orang Islam yang diangkat menjadi KETUA JABATAN? Sedangkan pada masa ini ketua jabatan yang bukan Islam jauh lebih rasional dari ketua jabatan seperti ini. Hakikatnya amat jelas, pangkat dalam sektor awam bukan dinilai dari keseluruhan aspek, tetapi masih ada ketirisan dimana berlaku unsur-unsur memilih calon yang gemar melobi dan sebagainya. Tidak ada nilai 'MURNI' dalam pemilihan.

Kesan yang amat buruk dengan 'reflection' kes ini adalah penafian HAK KENAIKKAN PANGKAT bagi yang benar-benar layak. Penafian Hak bagi yang benar-benar layak menerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG dan pelbagai lagi isu yang boleh ditimbulkan.

Namun saya memegang kepada PRINSIP ISLAM bahawa segala yang berlaku adalah diatas kehendak tuhan. Sesungguhnya dia maha berkehendak dan saya menerima dengan hati terbuka. Bukan mahukan anugerah, tetapi jangan menafikan rezeki orang. Memang kalau dah bukan rezeki kita maka usahalah bagaimana pun tetap tidak akan menjadi milik kita. Menganiaya itu satu perkara, maka tetap ada pembalasan. Doa orang yang dizalimi dijanjikan tuhan akan makbul permintaanya hatta orang yang bukan Islam. Itu janji tuhan kepada manusia yang melambangkan sifatNya yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Maka biarkanlah.

Buku baru telah pun dibuka, catatan telah pun dimulakan. Bukti telah diterangkan dan nyata siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Umumnya Allah Lebih Maha Mengetahui dari segala-galanya.